BENGKEL REKABENTUK PCB, SOLDERING DAN PERISIAN ARDUINO KALI KE 5

16 September 2023

16 September 2023: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan Bengkel Rekabentuk PCB, Soldering dan Perisian Arduino kepada 39 orang pelajar DTK dan DEP Sem 4 yang mengambil kursus DEE40082 Projek 1. Ia adalah sebagai platform perkongsian ilmu di antara pihak industri bersama pelajar JKE berkaitan merekabentuk projek dan prototaip supaya produk yang dihasilkan memenuhi keperluan dan permintaan industri.  Sesi perkongsian telah diberikan oleh En Muhammad Hasbul Arman yang merupakan Alumni JKE PSIS. Turut serta adalah Pn Nur Aliya binti Jamal (Kpro Dtk),Pn Naily  Akmal binti Mohd Zamri (Penyelaras Projek 1) ,Pn Maizatul Zalela binti Mohamed Sail (Penyelaras Projek 2) dan En Mohd Farhan Uzair bin Paisan (Penyelaras Projek JKE). Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan menjalankan Project 1 semester ini.

(Project 1 DEE40082)






#jkepsis

#janakecemerlanganetika

#welovepolycc