BENGKEL REKABENTUK PCB & PERISIAN ARDUINO PROJEK 1 (DEE40082) KALI KE 4 

04 - 05 Mac 2023

4 Mac 2023 - Unit Projek Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Idris Shah telah menganjurkan Bengkel rekabentuk PCB & Perisian Arduino untuk pelajar Projek 1 (DEE40082). Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar proses merekabentuk PCB dan pengaturcaraan Arduino bagi memastikan ilmu rekebentuk peringkat asas dikuasai oleh semua pelajar semester 4 agar dapat menghasilkan produk yang lebih baik. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Hasbul Arman bin Azhar Pengurus Syarikat HEXA Resources dan Cik Chia Kueh Teng iaitu Jurutera di COPTAR Tech Resources. Program ini membuka ruang kerjasama antara industri dan politeknik menerusi perkongsian kepakaran, pengetahuan dan akses kepada teknologi terkini dalam bidang pengajian. Selain daripada peningkatan kualiti P&P, program sebegini juga mempromosikan politeknik kepada industri di samping meningkatkan jumlah jam interaksi PPI dalam pelaksanaan P&P kepada pelajar.


#jkepsis

#janakecemerlanganetika

#welovepolycc