Brief on Writing Final Proposal
02 November 2023
02 November 2023: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan bengkel Penulisan Final Proposal yang telah dihadiri oleh pelajar seramai 40 orang. Bengkel ini telah diadakan di Makmal ECAD 1, JKE. Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar Projek 1 (DEE40082) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) berkaitan penulisan laporan Final Proposal. Selain itu, tujuan perkongsian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan Final Proposal yang baik dan berkualiti. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Pensyarah-pensyarah JKE. Pensyarah yang terlibat adalah seperti berikut :
1) En Mohd Zeid bin Abu Bakar
2) Pn. Siti Harliza binti Mohd Razali
3) Pn. Mazlina binti Mahroji