Briefing on Project 1 & Project 2
15 Februari 2024
15 Februari 2024: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan taklimat Projek 1 dan Projek 2 yang telah dihadiri oleh pelajar seramai 99 orang pelajar. Taklimat ini telah diadakan di Bilik Tayangan UIDM. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar Projek 1 (DEE40082) dan Projek 2 (DEE50102) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) berkaitan pelaksanaan Projek. Selain itu, tujuan perkongsian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar dapat menyiapkan projek 1 dan projek 2 pada masa yang telah ditetapkan dengan cemerlang. Pensyarah yang terlibat adalah seperti berikut :
1) En Mohd Farhan Uzair bin Paisan - Penyelaras Projek JKE
2) Pn. Naily Akmal binti Mohd Zamri - Penyelaras Projek 1
Slide taklimat :
SLIDE TAKLIMAT PROJECT 2 SESI II 20232024.pptx