INNOVATIONS, INVENTION AND COMPETITION STUDENTS THROUGH EXHIBITION PROGRAMME (IICSEP) 2023

24 Mei 2023

24 Mei 2023: Unit Penyelidikan, Inovasi dan komersilan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan Innovations, Invention and Competition Students Through Exhibition Programme (IICSEP) 2023 pada 24 Mei 2023 bertempat di Dewan Seri Lang, PSIS. Program ini diadakan bertujuan menghimpunkan projek - projek pelajar daripada setiap jabatan di PSIS bagi di nilai oleh pihak industri secara keseluruhan merangkumi kreativiti, inovasi, nilai komersial, dan mengikut standard industri dalam bentuk pertandingan.  Pelajar JKE, Muhammad Fikri Aiman bin Esa dengan tajuk projek Automatic Solar Powered Flood warning System telah berjaya mendapat Tempat Pertama dalam Anugerah Inovasi Projek Terbaik Kategori Kejuruteraan daripada 20 penyertaan. Pelajar JKE Azri Najmi Bin Azahari turut mendapat Anugerah Poster Terbaik Kategori Kejuruteraan dengan tajuk Motion Sensor to Switch on Desk Lamp. Semoga semua pelajar dapat menimba pengalaman berharga sepanjang pertandingan berlangsung. Pencapaian pelajar JKE dalam IICEPS 2023 adalah seperti berikut:


Tempat Pertama Anugerah Projek Terbaik Kategori Kejuruteraan

Tajuk Projek: Automatic Solar Powered Flood warning System

Nama Pelajar: 1) Muhammad Fikri Aiman bin Esa

Penyelia: Mohd Zeid Bin Abu Bakar


Anugerah Poster Terbaik Kategori Kejuruteraan

Tajuk Projek: Motion Sensor to Switch on Desk Lamp

Nama Pelajar: Azri Najmi Bin Azahari

Penyelia: Mohd Raju@ Mohd Saiful Bin Said


Buku Program IICSEP 2023 : https://anyflip.com/ahnpu/glsg/


#jkepsis

#janakecemerlanganetika

#welovepolycc