TAKLIMAT PROJEK 1 (DEE40082) DAN PROJEK 2 (DEE50102)
30 Ogos 2023
30 Ogos 2023: Unit Projek JKE telah melaksanakan satu taklimat kepada semua pelajar semester 4 dan semester 5 JKE yang mengikuti Kursus DEE40082 - Projek 1 dan DEE50102- Projek 2. Seramai 43 orang pelajar semester 4 dan 132 pelajar semester 5 terlibat. Taklimat adalah berkaitan Course Information Outline bagi kedua-dua kursus. Taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras Projek 1 iaitu Pn Naily Akmal binti Mohd Zamri dan Penyelaras Projek 2 iaitu Pn Maizatul Zalela binti Mohamed Sail. Selain daripada itu, pelajar turut didedahkan dengan contoh-contoh projek terdahulu dan cara mencari projek yang sesuai dilaksanakan yang telah disampaikan oleh Dr Azrul bin Mahfurdz.
Penceramah : 1. Pn Naily Akmal binti Mohd Zamri
2. Pn Maizatul Zalela binti Mohamed Sail
3. Dr Azrul bin Mahfurdz