30 min to 60 min Talk: Methodology Project
13 April 2023
13 April 2023: Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan 30 min to 60 min Talk: Methodology Project pada 13 April 2023 bertempat di Dewan Syarahan 2, PSIS. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar Projek 1 (DEE40082) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) berkaitan Metodologi Projek. Perkongsian berkaitan metodologi projek penting kerana ianya menjadi satu elemen yang akan dinilai dalam Investigation Report dan Final Proposal. Selain itu, tujuan perkongsian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan Final Proposal yang baik dan berkualiti. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Pensyarah-pensyarah JKE. Pensyarah yang terlibat adalah seperti berikut:
1) Pn. Wan Norhayati Bin Wan Tahir
2) Pn. Zainora Binti Kamal Ludin
3) En. Lokman Bin Abbas
4) En. Ahmad Fuad Bin Ellias
5) En. Ikmal Bin Abdul Karim